RSS

Monthly Archives: July 2012

[ART] Study 00

Salam.

Cubaan menggunakan beberapa berus yang saya jumpa di laman sesawang.

~*~*~*~*~

Apabila muncul seorang watak yang suka bersendirian dan menyuruh kamu tinggalkannya bersendirian, adakah kamu akan berbuat sedemikian? Atau sebaliknya?

Bagi saya, saya lebih rancak mengganggunya. Why does she always do stupid things? (Oh, dan lukisan tersebut menggunakan alatan ‘inking pen’)

Sebelum ini saya pernah tulis yang saya menggunakan berus berbeza-beza untuk SAI. Rupanya berus tersebut merupakan ‘custom brushes’ bukan ‘default brushes’. Jadi kalau mahu butiran dan jalinan yang sama macam saya, kenalah cari berus tersebut di laman sesawang. Masalahnya, saya lupa saya jumpa berus-berus ini di mana.

=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrongdoings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=

Advertisements
 
8 Comments

Posted by on 07/31/2012 in Lakaran, Lukisan, Permainan Video, Siap

 

Tags: ,

[ART] Old Drawings (5)

Salam.

*-*-*-*-*-*

Edge dari Atelier Iris Grand Phantasm. Game dia tiadalah seronok mana pun, tapi sebab dia ada konsep al-kimia yang kadang-kadang kebudak-budakkan, menarik dan kelakar, saya teruskan juga main. Sama seperti semua game Atelier atau Mana Khemia yang lain.

*-*-*-*-*-*

OC saya ramai-ramai kena belasah.

*-*-*-*-*-*

 

Seirie Seirie Seirie Seirie

*-*-*-*-*-*

 

Luke Von Fabre dari Tales of the Abyss.

*-*-*-*-*-*

 

Chibi Lake.

*-*-*-*-*-*

Seth kena belasah seorang-seorang.

*-*-*-*-*-*

Glenn Glenn Glenn… Nak tergelak tengok lukisan lama saya bwahahaha.

*-*-*-*-*-*

Glenn dan Kyrus kena belasah bersama-sama.

*-*-*-*-*-*

Seirie dan Glenn bersama-sama mengharungi pelbagai halangan, pancaroba, sengketa, rintangan, sekatan, tengahan dan sebagainya. Tema lukisan ialah “Seeking Solace”. Jambatan itu sangat tinggi, setinggi pokok :V.

*-*-*-*-*-*

Tema lukisan ialah Persoalan (Question). Apabila kita bangun dari tidur, kita mesti ada persoalan di kepala. Lagi-lagi kalau tiba-tiba terbangun di tempat yang kita tidak tahu.

*-*-*-*-*-*

Hope dari FFXIII

*-*-*-*-*-*

Shion Kaito. Salah satu lukisan penuh pertama menggunakan SAI. Ini satu pencapaian penting *_*.

*-*-*-*-*-*

Lukisan alam. Tasik dalam gua.

*-*-*-*-*-*

Hadiah hari lahir bagi seorang rakan sekolah yang meminati siri Purse Owner.

*-*-*-*-*-*

Lukisan yang diminta oleh seorang rakan sekolah yang meminati Kagamine Len. Samalah kita.

*-*-*-*-*-*

Corbin yang suka mimpi disiang hari.

*-*-*-*-*-*

Corbin dan Falla, dari dua alam yang berbeza.

*-*-*-*-*-*

=-=-=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrongdoings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=-=-=

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

[ART] Old Drawings (4)

Salam.

*-*-*-*-*-*-*

Mark bersama jiran sepermainannya, Une dan Deux.

*-*-*-*-*-*-*

Lake dan Seth.

*-*-*-*-*-*-*

Yew yang ternampak jantung entah apa benda entah (ini sebenarnya latihan lukis jantung manusia cornaryarterycoronaryarterycoronaryartery).

*-*-*-*-*-*-*

Tak ingat nama mereka. Asakura Yoh dengan Amagiri ke apa? Protagonist dari Shaman King. Dulu ada hasrat mahu ikut komik ini. Tapi komik dia sampai ada 500+ episod, tiba-tiba tak jadi nak baca. Tapi saya akui, memang komik dia menarik.

Oh, tapi saya ingat Faust.

*-*-*-*-*-*-*

Si budak bisu yang berkomunikasi menggunakan serunai, maka, dinamakan Flute.

*-*-*-*-*-*-*

Seth di takhta ilusi.

*-*-*-*-*-*-*

Ferrik dari Children of Mana. Ferrik is best main character hands down.

*-*-*-*-*-*-*

Hatsune Miku versi lelaki: Hatsune Mikuo.

*-*-*-*-*-*-*

Hatsune Mikuo lagi. Ini ketika saya dengar lagu 心壊サミット (Heartbreak Summit). Waktu itu rasa macam woaaaaaaaahh, vocaloid lelaki kot! (bagi mereka yang tidak tahu, tak banyak lagu vocaloid bersuara lelaki sebab lebih susah nak guna) Rupanya mereka hanya turunkan pitch lagu sahaja.

Cis.

*-*-*-*-*-*-*

Yew, berbaju pesakit hospital.

*-*-*-*-*-*-*

Lukisan yang diminta oleh seorang rakan alam maya yang juga merupakan seorang jurugambar ametur. Mungkin lukisan ini nampak macam dia, siapa tahu? Saya tidak pernah berjumpa dengan dia dan sudah lama tidak berbicara dengannya.

*-*-*-*-*-*-*

Errol, si anak orang kaya.

*-*-*-*-*-*-*

Kalaulah Lake dan Seth membuat cameo appearance dalam sebuah permainan video, saya akan pastikan mereka berdua mengenakan baju yang amat pelik dan ganjil, dan sangat OP.

*-*-*-*-*-*-*

Kamu macam ini kah? Sebab saya macam ini.

*-*-*-*-*-*-*

Glennnnnnnn.

*-*-*-*-*-*-*

OC saya berpakaian seperti NPC dalam FFIX.

*-*-*-*-*-*-*

Lukisan yang diminta oleh seorang rakan sekolah dahulu.

*-*-*-*-*-*-*

Yew, Denisha dan Colchie.

*-*-*-*-*-*-*

Tia dan Anwar dari Avalon Code. Anwar is best bachelor hands down.

*-*-*-*-*-*-*

Lake dan Seth bersama mug teh di atas meja belajar saya.

*-*-*-*-*-*-*

Lagi lagi Hatsune Mikuo.

*-*-*-*-*-*-*

=-=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrongdoings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=-=

 
2 Comments

Posted by on 07/27/2012 in Anime, Komik, Lakaran, Lukisan, Permintaan, Siap, Vocaloid

 

Tags: , , , , , , , ,

[ART] Old Drawings (3)

Salam.

*-*-*-*-*-*

Ini hadiah untuk seorang kawan saya yang meminta hadiah untuk hari lahir dia. Dia minta seorang perempuan berambut ikal bersama seorang lelaki berambut cacak. Pada waktu itu, saya tidak tahu ‘rambut ikal’ tu apa benda. Saya lukis atas sebuah kertas yang terlalu besar untuk di-scan. Jadi saya terpaksa cantum cantum cebisan-cebisan kecil dan akhirnya warna secara digital.

*-*-*-*-*-*

Lukisan untuk sebuah buku. Saya dibayar untuk melukis. Ya, sangat membanggakan. Tema dia ialah ‘Pertama (first)’. Dalam lukisan ini, perhatian utama ialah pada bintang pertama yang muncul apabila matahari terbenam (Evening star). Setelah buat sedikit kajian, rupanya bintang pertama itu ialah planet Zuhrah (Venus).

*-*-*-*-*-*

Lagi satu lukisan yang saya dapat bayaran. Ya, memang membanggakan. Tema yang sama, cuma kali ini, perhatian utama ialah pada mineral merah yang pertama dijumpai dalam timbunan mineral mineral lain yang berwarna biru.

*-*-*-*-*-*

Mark bersama lagi satu anak patung Caitlynn. Bersepah anak patung dia.

*-*-*-*-*-*

Lake yang mati lemas. Haha.

*-*-*-*-*-*

Sebuah lukisan untuk satu pertandingan. Entah pertandingan antarabangsa apa, tidak teringatlah pula. Sudah tentunya saya kalah :Y

*-*-*-*-*-*

Yew dan Denisha.

*-*-*-*-*-*

Ini cubaan mewarna kulit guna warna biru :V. Dan ini juga merupakan muka depan sebuah komik yang macam biasa, saya buat separuh jalan. “Acknowledgement” mengisahkan tentang tahap penghargaan manusia terhadap benda yang sudah dan akan dilupakan. Contohnya, lagu.

*-*-*-*-*-*

Sebuah lukisan untuk sebuah pertandingan. Tak menang, tapi siapa kisah pun.

*-*-*-*-*-*

Satu-satunya lukisan Zidane Tribal, protagonist FFIX.

*-*-*-*-*-*

=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrong doings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=

 
Leave a comment

Posted by on 07/27/2012 in Lakaran, Lukisan, Permintaan, Siap

 

Tags: , , , ,

[ART] Old Drawings (2)

Salam.

Saya tidak letak tarikh di lukisan saya. Justeru, saya tidak boleh nak susun mengikut urutan tarikh.

*-*-*-*-*-*

Ini lukisan yang sama, cuma dilukis lagi sekali setahun kemudian. Mark bersama salah satu anak patung Caitlynn.

*-*-*-*-*-*

Mark dan penjaganya yang merupakan ahli geologi, Caitlynn

*-*-*-*-*-*

Claudia dan Gray dari Romancing SaGa.

*-*-*-*-*-*

Crest dan makwe dia yang sampai sekarang tiada nama.

*-*-*-*-*-*

Mint dan Rue dari Threads of Fate.

*-*-*-*-*-*

Itu budak sekolah. Sekolah asrama kan berhantu.

*-*-*-*-*-*

Seirie dan Glenn. Rasanya waktu inilah saya mula pasangkan mereka berdua (*_*;). Tak pasal.

*-*-*-*-*-*

Mark bersama lagi satu anak patung Caitlynn.

*-*-*-*-*-*

Takutnya mata dia. Siapa entah nama dia, Lyrus kot.

*-*-*-*-*-*

=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrong doings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=

 
Leave a comment

Posted by on 07/27/2012 in Lakaran, Lukisan, Siap

 

Tags: , , , ,

[ART] Old Drawings (1)

Salam.

Saya terjumpa lukisan zaman muda-muda ketika waktu pop yeh yeh dulu.

*-*-*-*-*-*

Ini lukisan pengaruh main Fatal Frame II. Dan juga pengaruh budaya jepun. Pada masa itu tiada program mewarna yang khusus, maka guna program trial di komputer sahaja.

*-*-*-*-*-*

Dulu saya ada kawan yang merupakan peminat kipas-susah-mati Cardcaptor Sakura. Rasanya sampai sekarang pun dia minat. Apa-apa pun, dulu, dia selalu junjung lukisan atau imej yang dia cetak dari internet. Saya ada juga membaca CCS kadang-kadang dan yang menarik perhatian saya ialah rekaan baju dalam setiap perlawan Sakura. Itu sahaja.

*-*-*-*-*-*

Hah. Ini dilukis waktu Naruto sangat popular di sekolah. Pada waktu itu tidak ramai budak sekelas yang minat tengok kartun anime, maka sesiapa yang meminati Naruto dikira sangat bergaya. Sekarang tidak lagi. Oh, zaman telah berubah.

*-*-*-*-*-*

Chibi merupakan salah satu genre lukisan yang ramai orang akan tertarik sebab kecomelannya semata-mata. Dulu saya pun macam itu juga, tertarik dengan chibi. Sekarang ni rasa sangat meluat. Saya sedar yang chibi saya tidak comel mana pun.

*-*-*-*-*-*

Di warna guna pensel warna. Itu Denisha waktu muda-muda hahah, masih belum ada tulang terjuntai sana-sini lagi.

*-*-*-*-*-*

Masa sekolah dulu sangat bosan, maka saya lukis ini. Hah, masa ini baru mula gunakan program untuk mewarna secara digital.

*-*-*-*-*-*

Salah satu lukisan yang patutnya dipamerkan disekolah, tapi entah kenapa, tak jadi.

*-*-*-*-*-*

Lagi satu lukisan yang patutnya dipamerkan di sekolah, tapi tak jadi. Wah, muka dia sangat moe. Patutnya nak wanra, tapi lukisan ini kacau-bilau sangat, lagipun kemahiran warna saya pada waktu itu sangat teruk.

*-*-*-*-*-*

Saya akan tambah lukisan sedikit demi sedikit. Sebab kalau letak semua sekali gus, dia akan jadi kacau bilau.

=-=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrongdoings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=-=

 
1 Comment

Posted by on 07/27/2012 in Anime, Lakaran, Lukisan, Siap

 

Tags: , , , ,