Anime · Lakaran · Lukisan · Siap

[ART] Old Drawings (1)

Salam.

Saya terjumpa lukisan zaman muda-muda ketika waktu pop yeh yeh dulu.

*-*-*-*-*-*

Ini lukisan pengaruh main Fatal Frame II. Dan juga pengaruh budaya jepun. Pada masa itu tiada program mewarna yang khusus, maka guna program trial di komputer sahaja.

*-*-*-*-*-*

Dulu saya ada kawan yang merupakan peminat kipas-susah-mati Cardcaptor Sakura. Rasanya sampai sekarang pun dia minat. Apa-apa pun, dulu, dia selalu junjung lukisan atau imej yang dia cetak dari internet. Saya ada juga membaca CCS kadang-kadang dan yang menarik perhatian saya ialah rekaan baju dalam setiap perlawan Sakura. Itu sahaja.

*-*-*-*-*-*

Hah. Ini dilukis waktu Naruto sangat popular di sekolah. Pada waktu itu tidak ramai budak sekelas yang minat tengok kartun anime, maka sesiapa yang meminati Naruto dikira sangat bergaya. Sekarang tidak lagi. Oh, zaman telah berubah.

*-*-*-*-*-*

Chibi merupakan salah satu genre lukisan yang ramai orang akan tertarik sebab kecomelannya semata-mata. Dulu saya pun macam itu juga, tertarik dengan chibi. Sekarang ni rasa sangat meluat. Saya sedar yang chibi saya tidak comel mana pun.

*-*-*-*-*-*

Di warna guna pensel warna. Itu Denisha waktu muda-muda hahah, masih belum ada tulang terjuntai sana-sini lagi.

*-*-*-*-*-*

Masa sekolah dulu sangat bosan, maka saya lukis ini. Hah, masa ini baru mula gunakan program untuk mewarna secara digital.

*-*-*-*-*-*

Salah satu lukisan yang patutnya dipamerkan disekolah, tapi entah kenapa, tak jadi.

*-*-*-*-*-*

Lagi satu lukisan yang patutnya dipamerkan di sekolah, tapi tak jadi. Wah, muka dia sangat moe. Patutnya nak wanra, tapi lukisan ini kacau-bilau sangat, lagipun kemahiran warna saya pada waktu itu sangat teruk.

*-*-*-*-*-*

Saya akan tambah lukisan sedikit demi sedikit. Sebab kalau letak semua sekali gus, dia akan jadi kacau bilau.

=-=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrongdoings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=-=

One thought on “[ART] Old Drawings (1)

  1. Hi just wanted to give you a quick heads up and let you know a few
    of the images aren’t loading properly. I’m
    not sure why but I think its a linking issue. I’ve tried it in two different browsers and both show the same results.

Leave a comment