RSS

Monthly Archives: August 2012

[KDP] Packing

Salam.
I just finished packing the stuff that I need to ship back home. Not much. In fact, half of the stuff that I’m shipping back home is clothes and jackets (winter clothes -alone- can take up an entire suitcase). Was supposed to do it last night, but I kinda dozed off and woke up in the middle of the night and remembered what I was supposed to do. The shipping guys are coming this morning and I haven’t even sealed my boxes, let alone pasted my shipping address. And I can just hope and pray that the guys understand my hand drawn labels which I assume makes some sense.
Not to mention my tuantanah has already shown signs of  ‘hurry up and leave this house so that I can get new tenants in‘. Tuantanah made some really good effort to show this, too. One of them was by taking all the plates and cups from the kitchen despite being fully aware that I am still in the house. I personally theorize that Tuantanah thinks that I am conspiring revenge upon Tuantanah by secretly breaking or stealing all of Tuantanah’s cutlery and expensive diningware, thus, Tuantanah placed them all in Tuantanah’s office, whose door can be picklocked by a kidergarten. The only way that I know to stop Tuantanah from taking every single thing in the kitchen away is to not wash them after use; leave them in the sink for days. The Tuantanah will just nag at me to wash them and I will say I need to go to work, like, right now because I’m already late. And we say goodbye to each other while thinking what the other person is plotting. I want to show my effort  in telling Tuantanah that ‘I can’t wait to go home!’ too: I tore down all the curtains and stashed them away and made an attempt to always fill up and overfill the trash can with garbage that I pulled out of nowhere. And the dishes. It was all so entertaining these past few days.
Anyway, the above made-up fairytale is not important. I made some coffee and began packing.
And when I finished, I couldn’t sleep.
That was some really good coffee, if I do say so myself. It was Malaysian-made.
And I saw my tablet on the table.
Reference: My sick imagination.
I’m gonna leave it just like that for now.
Oh and I almost left my Demon Souls CD which was, I don’t know how, slipped between some mags which someone left and I never even read. Oh for the love of all that is sacred, Ostrava, don’t leave me! I want that armor!
=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrong doings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=
Advertisements
 

Tags:

[GAMES] Let’s Play As The Little Girl!

Salam.
Can’t wait to try this game out and play the role as the little girl! So many shotas and lolis, lol.
Oh. But wait. Now that I notice..
WHICH ONE IS THE GIRL??
 
=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=
 
11 Comments

Posted by on 08/16/2012 in Permainan Video

 

Tags:

[ART] I Can’t Into Still Life

Salam.

Pada suatu hari, di sebuah padang pasir, tinggal beberapa ekor makhluk seakan belut gergasi yang suka buat kacau terhdap makhluk lain yang tinggal di kawasan tersbut. Berita mengenai kekacauan yang mereka lakukan tersebar luas.Sekian lama berlalu, tiba-tiba muncul seorang manusia yang berani berhadapan dengan mereka. Setelah bertempur selama tiga hari tiga malam, manusia ini berjaya menyumpah belut-belut tersebut menjadi batu dengan satu kuasa sakti yang saya tak reti eja. Jadilah lagenda manusia yang membatukan belut padang pasir. Muncul pula sekumpulan orang nomad yang berfikir bahawa membina sebuah penempatan di kawasan tempat pembatuan belut padang pasir ini merupakan idea yang sangat best. However, as we all know, that is never a great idea.

An ancient evil awakens…..

Cerita di atas itu sebenarnya alasan untuk melukis benda selain bukit bukit pasir. Secara jujur la kan, secara jujurnya… macam mana nak lukis padang pasir wei?

Gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua gua.

=-=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrong doings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=-=
 

[ART] What Should We Call You?

Salam.

Saya menang Final Fantasy I sambil tunggu baju kering di kedai dobi minggu lepas. Tujuan utama saya main FF1 adalah sebab saya nak tahu nama sebenar WoL, sebab dalam Dissidia/Duodecim, nama dia tidak pernah disebut, bahkan dia sendiri pun terlupa namanya sendiri.

Let’s call you ‘Whiskers‘, ‘cuz your hair is white and fluffy and it’s cuter that way.

Rupanya dia memang tiada nama, kita yang perlu namakan dia.

Kumpulan kamu terdiri dari 4 orang; masing-masing boleh dipilih kelasnya. Contohnya, kamu boleh buat kumpulan klasik : pahlawan, ahli sihir hitam, ahli sihir putih, dan pencuri. Lagi satu ialah kelas sami. Tapi bagi saya, saya ganti ahli sihir hitam dengan ahli sihir merah, sebab saya fikir, dalam FFT, ahli sihir merah sangat melampau kuat sekiranya dia mempunyai kemahiran ‘double cast’. Tapi generasi FF1 masih belum ada ‘double cast’. Selain dari mampu menggunakan kedua-dua sihir hitam dan putih dan berlawan menggunakan pedang, ahli sihir merah tidaklah berguna mana.

Saya panggil ahli sihir merah saya Padma, sebab dia merah. Merah padma. Saya fikir Padma itu nama lelaki, bunyi macam maskulin >.<. Rupa-rupanya ‘padma’ itu maksudnya ‘teratai’. Terus saya tengok dia macam perempuan.

Lakaran yang saya buat sambil bergaduh dengan Suiko dono semalam.

Bagi yang lain-lain pula: Si Pahlawan namanya Akasia; Si Ahli Sihir Putih namanya Kilau dan Si Pencuri namanya Limau. Hah, sangat berpatriotik.

Oh, semalam saya balik lewat dan saya bawa pulang sebuah kotak. Agak besar juga, kira-kira sepanjang setengah meter panjang, lebar dan tinggi. Tak boleh nak kempiskan sebab dalamnya ada barang yang saya tak mahu buang. Masalah saya bukan sebab kena junjung kotak itu sepanjang 15 minit perjalanan pulang; ringan sahaja. Saya tak tahu kenapa, tapi pada malam itu ramai pula orang yang membawa anjing peliharaan berjalan-jalan.

Semalam saya dikejar oleh tiga ekor anjing sambil menjunjung sebuah kotak besar. Dahlah anjing itu tidak bertali, dibiar lepas begitu sahaja.

Sekiranya kamu dikejar anjing, jangan berpaling ke belakang, sebaliknya pandang dia, dan dia akan berhenti (kalau itu anjing terlatihlah). Kalau kamu berpaling dan berlari, dia lagi seronok kejar.

Lain kali jangan junjung kotak di kawasan banyak anjing.

=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrong doings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=
 
8 Comments

Posted by on 08/09/2012 in Lakaran, Lukisan, Permainan Video

 

Tags:

[ART] Can We Eat Now?

Salam.

 Hari tu saya secara suka-suka ada buat watak lelaki dalam GEB.

 Dia kelihatan sangat sama macam watak perempuan GEB saya, nak tergelak pun ada. Muka macam perempuan, tapi suara boleh tahan kontrol macho, hahaha. Sikit-sikit “Can we eat now? Can we eat now?”. Kalau yang perempuan pula “I’m bored, I’m sleepy”.

 Macam-macam ragam

 Oh, berita baru tentang GEB2. Saya dengar Alisa hanyalah DLC ;_;

 Tulisan dialog mereka ditulis dengan tangan tak dominan, kemudian diperbaik dengan tangan dominan saya. Logo GEB pula saya rujuk dari internet dan cuba tulis sendiri. Eh, ok lah kot, tak guna pembaris, weh. Free hand, bak kata orang putih.

 Ada orang pernah tanya saya: macam mana boleh tahu nak letak warna bayang apa? Contohnya, macam mana boleh tahu kena guna warna ungu di sini dan warna hijau di sana pula?

Ini jawapan saya: saya tak tahu; saya pilih warna secara cincai sahaja. Kalau kamu lihat di bawah, apabila saya mula mewarna, saya sekadar bubuh apa sahaja warna yang saya suka, kemudian saya akan cuba-cuba tambah warna lain, kalau tidak sesuai, saya hanya perlu padam dan tukar warna lain. Sebenarnya, ada teori pemilihan warna, tapi sebab teori itu agak kompleks, saya baca teori tersebut separuh jalan sahaja.

…dan bagi sesiapa yang peduli, ini KDP dia. Kalian tengok, inilah saiz sebenar monitor netbook saya. Punyalah terseksa nak melukis. Tinggal kurang dari 30 hari lagi sebelum saya dapat menggunakan desktop saya semula. Tak sabar dah >.<;

 Meriam itu sepatutnya warna emas. Entah macam mana boleh jadi warna hijau, macam meriam buluh pun ada.

Saya sebenarnya tidak sangka dapat siap dalam satu hari. Mentang-mentang hari ini cuti, tapi sekadar duduk di rumah sahaja, cuaca sangat panas, tiada angin mahu keluar jalan-jalan. Namun, disebabkan suhu yang terik, netbook saya ini cepat terhangat dan mula tersekat-sekat, sekali-sekala perlu berhenti bagi suhunya turun.

 Oh Tuhan, turunkanlah hujan lebat bagi sejuk sedikit dunia ini. Banyak kali saya lihat langit mendung, akan tetapi hujan turun setitik dua sahaja.

 Ketika musim sejuk saya bising sebab terlalu sejuk; tiap kali melukis dan menyuakan tangan keluar dari selimut, jari-jemari akan jadi kebas. Sekarang musim panas, berasa tidak senang duduk satu tempat lebih dari setengah jam kerana hangat. Kalau sekarang bukan bulan puasa, sudah lama saya beralih ke dapur dan makan.

 Itu sahaja.

=-=-=-=-=-=

Thanks for viewing~

Sorry for any wrongdoings of mine~

And have a nice day~

=-=-=-=-=-=

 

Tags: