RSS

Monthly Archives: October 2012

[ART] Japanese Maples and Roses

Salam.
…Or what the Japanese call them Maples as… Momiji, I think.
Hari itu saya beranikan diri pergi jumpa doktor gigi. Saya takut dengan doktor gigi, jujur saya cakap. Sebab masa kecil-kecil, ada peristiwa pahit berlaku dengan doktor gigi, sampai sekarang jadi trauma. Bapa saya cakap, doktor gigi ini, dia guna anestesia untuk kerja-kerja gigi dia. Jadi macam berani sikit nak jumpa.
Tapi dia tidak gunakan pun anestesia dia. Why Whhhhyyyyyyyyyyyyyyy?
Sekarang saya bertambah trauma semenjak lawatan terakhir saya ke doktor gigi.
Topik lain. Di sini daya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan selamat hari lahir buat Si-tukang buat-ubat, yang sekarang ini sedang susah hati menjalani praktikal di sebuah kawasan terpencil yang karang kalau saya sebut nama tempat itu, ada pula yang kecil hati. Haha. Hari itu ber-calling dengan dia tentang “wei orang sakit perut nak kena makan ubat apa wei, chi kit tek aun ke?”, dia sedang sibuk bergegas mahu pulang ke kampung halaman. Nah, aku beri Vienna kepada kau; lama sudah tidak terdengar berita tentangnya. Adakah dia sudah dilupakan oleh kekasihnya? Ohoho, kelak kita akan tahu ^_^~
Kau tahu? Selalu kalau saya lukis lukisan macam ini, mesti ada yang akan tanya soalan air-masuk-otak macam kenapa dia posing macam tu, kenapa rambut dia tersekat dekat pokok, kenapa tiba-tiba ada ros besepah rata-rata, kenapa ada pokok kat belakang dan sebagainya.
Dah, lepas ni takde dah orang nak tanya kenapa rambut dia tersekat dekat pokok, hehhehheh. Apa-apa pun, saya rasa kepala dia macam besar sangat (@w@). Maaflah, tidak berkesempatan nak mewarna; awal bulan 11 sudah mahu ambil peperiksaan. Peperiksaan yang apa-apa sahaja soalan bawah langit dunia ni boleh keluar termasuk yang tak pernah terdengar pun. Cis. Bagaimana senior-senior saya dapat melakukannya? Kalau ada sesiapa nak warna, warna lah (tapi maybe eventually, saya akan warna). Lagipun, kita belum habis buat mendalah ni:-
(Apparently, your side (right side) has more draw space.I have no idea how that happened.)
Pada mulanya ingin melukis menggunakan tablet, kemudian Corriander rosak lagi (BSOD). Kemudian guna Carnelian pula, tapi ada budak dengki masuk bilik saya menggunakan kekerasan dan mula kucar-kacirkan keadaan*.
Sepatutnya buat kerja lain seperti mengulangkaji pelajaran (will I ever do it?) , menganalisa data dan membuat laporan lengkap mengenai lawatan sambil belajar yang entah apa benda entah, namun dalam keadaan sekarang: cuti, ramai yang pulang ke kampung, ramai yang rumah kampung halaman tiada sambungan internet untuk tujuan berbincang mengenai kerja kumpulan, (namun pandai pula kamu semua kemas kini status fb ye? Menyampah I), kemudian selepas itu, ujian akhir semester pulaaaaa. Saya pula ada masalah lain: telefon. Telefon tiada liputan.
Ah, bateri Carnelian hampir habis. Oh, sebelum saya lupa, Selamat Hari Raya AidilAdha~
*I’mjustkiddingpleasedon’tkillmeO_O;;;.
=-=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for  viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=-=
 
8 Comments

Posted by on 10/27/2012 in Berita, Lakaran, Lukisan

 

[ART] Save the little girl!

Salam.
Sedikit latihan mewarna guna AP. Lama sangat guna sai, terlupa pula cara-cara guna AP. Tapi masih gunakan sai untuk lakaran. Saya semakin lama semakin malas mahu buat latar belakang.
Hmm, tiada benda menarik untuk dibuat cerita kali ini. Lain kali mungkin ada cerita.
=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=
 
1 Comment

Posted by on 10/15/2012 in Lukisan, Permainan Video, Siap

 

Tags:

[KDP] Don’t be Lazy

Salam.
Kemaskini lagi sekali sebab pagi ini tiada kelas; inilah yang kami gelar sebagai ‘kesempatan emas’.
Jangan malas-malas~
(@w@;)
=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=
 

Tags:

[KDP]

Salam.
Dua minggu menyepi, menyepi buat kerja bosan. Dua minggu menconteng atas kertas bergaris sebab sengal sangat tak bawa kertas kosong atau tablet.
Siapa kata ruban best, tak best pun.
 Lukisan dalam kerja pemprosesan. Tinggal nak warna.

Sebenarnya nak main video game malam ni, lepas itu terfikir, dah lama tidak melukis, lebih baik berlatih sebelum berkarat. Anatomi macam ganjil sedikit, lagi-lagi bahagian pinggang tapi itulah gunanya artifical covering harhar.
Bila lukisan ini pernuh siap bewarna baru saya akan beritahu apa tujuan utama lukisan ini. Sekurang-kurangnya ada sumber motivasi nak siap warna, sebab nak bercerita. Macam lukisan lain, biar bersepah macam itu sahaja.
=-=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=-=