RSS

Monthly Archives: December 2012

[ART] Ramen

Salam.

Saya baru tersedar sesuatu tentang diri saya. Saya tidak boleh melukis atau mewarna sekiranya ada manusia disekeliling saya (ini termasuklah kawan sebilik). Seolah-olah mereka sedang melihat segala kesalahan yang saya buat. Ada sejenis tekanan dan perasaan diperhatikan walaupun saya pasti tiada yang ambil kisah pun, pandang pun tidak minat. Tapi, itulah, rimas.

Dulu punya bilik luas. Kalau saya melukis di hujung bilik pun, yang duduk dihujung belah sana tidak nampak pun, lagipun dia sibuk bermukabuku. Kali ini bilik sempit, bahkan skrin komputer kawan sebilik tercermin di skrin komputer saya. Ni kalau tengah tulis blog pun dia boleh nampak.

Itulah, tak senang duduk.

Naruto-wm

Rambut dia, bulu musang itu, menyampah wei. Ada sembilan ekor kan? Betullah. Semangat dan tenaga mudah lesap apabila melukis watak yang kurang disukai. -_-;

Saya tak pernah makan ramen. Sekadar dengar; terutamanya yang minat anime tahap otaku tu kan, dia eksyen la yang dia pernah makan ramen. Ramen dan sushi. Kalau dapat makan dua-dua itu, ibarat dah sah boleh hidup kat jepun ke apa entah. Ketika mewarna gambar di atas, saya google ramen sebagai rujukan. Nampak macam mi biasa je, macam maggi.

Kita orang malaysia, semua mi yang beralun sikit je, kita panggil maggi. Saya tak kisah pun, nak panggil maggi, maggi lah, asalkan apa yang mahu disampaikan itu difahami umum.

Salah satu dari 7 siri lukisan chibi yang saya tangguh selama setahun atas sebab-sebab tak munasabah. Sebelum ini, yang siap ialah Yondaime dan Gaara. Siapakah chibi seterusnya? Nantikan lagi setahun!

=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=
 
2 Comments

Posted by on 12/30/2012 in Anime, Lukisan, Permintaan, Siap

 

[ART]

Salam.
ANTIB
labour
Saya baru tahu bagaimana mahu tambah berus baru dalam SAI. Selama ini saya silap buat.
Haha.
Sebab utama Corriander bsod bukan sebab dia dah tua (dia muda lagi kot), tapi sebab program rosak. Walaubagaimanapun, perasaan sakit hat sejak berlakunya peristiwa itu masih melekat di ingatanku.
Perlu lebih berhati-hati selepas ini.
GEB againsai
Alissa looks really old.
=-=-=-=-=-=-=-=-=
Thanks for viewing~
Sorry for any wrong doings of mine~
And have a nice day~
=-=-=-=-=-=-=-=-=
 

Tags: