RSS

Monthly Archives: October 2013

[KDP] Misidentification

Salam.

Pada suatu hari, saya menerima berita yang seorang kenalan saya dimasukkan ke hospital. Setelah selesai kelas, saya angkut beg galas dan bergegas ke hospital tersebut secepat mungkin sebelum jalan raya mulai sesak.

vienna 2

Sesampai sahaja di hospital, saya terus berjalan laju ke lobi untuk menaiki lif. Pada masa yang sama, saya sedang menulis mesej menanyakan kenalan saya wad mana dia dimasukkan. Walaupun hampir tiap -tiap hari masuk hospital, saya tidak pernah tahu waktu melawat bila. Lagipun hospital ini saya pernah sekali sahaja datang untuk melawat kakak ipar saya, itupun pada waktu maghrib, bukan tengahari. Apa -apa pun, di hospital tersebut, saya nampak makcik guard tengah menghalang jalan nak ke lif dengan pagar. Saya pun berjalan ke makcik tersebut untuk tanya bilakah waktu melawat.vienna 22

Belum sempat pun saya buka mulut, tiba-tiba makcik guard bagi laluan ke lif. Sangkaanku, sekarang sedang waktu melawatlah kalau dia bagi laluan.

Naik-naik wad, saya mencari katil kenalan saya dan akhirnya jumpa. Setelah memberi salam dan menanyakan khabar, dia pun mulakan bicara.

“Macam mana kamu boleh masuk?”

“Hah? Sekarang bukan waktu melawat ke?”

“Waktu melawat lagi setengah jam.”

Saya tak pakai kot makmal pun kalau ada yang nak kata saya menyamar jadi pelajar perubatan. Lagipun, specialist mana pakai lab coat and selalu berjalan laju laju sambil texting. Saya rasa besar kemungkinan sebab saya tak cabut kad matrikulasi lagi, jadi dia salah sangka.

Hohoho~

Also, moral of the story: do not assume. Kalau tersilap bagi pencuri bayi masuk ward sakit puan macam mana?

vienna 22222

Anyway, happy belated birthday. Hopefully, you’ll stay happy as always. Sorry for the late wish, I have to (and still am) writing a report and haven’t been able to finish it yet (both report and drawing). Just showing it to you so that you’ll know I didn’t forget.

=-=-=
Thanks for viewing~ Sorry for any wrongdoings of mine~ And have a nice day~
=-=-=
Advertisements
 

[NEWS] Middle Child Syndrome

Salam.

New Canvas

Reference : here. Lukisan tidak berkaitan.

Pagi ini, ketika kami sekeluarga sedang bersarapan, ibuku membuka cerita tentang keluarga kawan-kawannya yang saya langsung tidak kenal. Bagaimana entah, tercerita tentang sebuah keluarga dimana pasangan suami isterinya mempunyai anak yang ramai.

Lagi ramai dari kami adik beradiklah.

Apa yang berlaku ialah salah seorang anaknya yang ditengah (kiranya, bukan anak sulung atau anak bongsu) merasakan yang dirinya terabai dan bahawasanya ibubapanya langsung tidak mempedulikan hal ehwal dirinya. Ketika umurnya memcecah dua belas tiga belas tahun begitu, dia mula menyuarakan pemikirannya dan dengan lantangnya mengatakan yang dia tidak disayangi atau dihiraukan sepanjang panjang dia dibesarkan.

Ibuku sendiri mengakui yang perkara sebegini sering berlaku. Anak sulung sudah tentunya mendapat perhatian kerana dialah anak pertama yang perlu menempuh hidup. Anak pertama yang mula pandai bercakap, anak pertama masuk tadika, anak pertama ambil SPM, anak pertama belajar bawa kereta, anak pertama masuk universiti, anak pertama kahwin dan sebagainya. Anak bongsu pula, perlu mendapat perhatian lebih kerana dia masih kecil. Seringkali anak bongsu akan dimanjakan lebih kerana dia masih belum matang dan merupakan anak terakhir yang meninggalkan rumah. Apa-apa yang diminta, diberi; apa-apa kesalahan yang dilakukan, dimaafi.

Bagaimana pula dengan anak tengah? Barang-barang permainannya kemungkinan besar bukan baru dan bukan hak miliknya sendiri; mungkin barang yang diturunkan dari anak sulung. Apa – apa pencapaiannya akan dibandingkan dengan Si anak sulung. Tanggungjawab dan apa-apa keistimewaan juga diberikan kepada anak sulung. Kalau anak bongsu buat hal dengan si anak tengah, yang disalahkan ialah anak tengah kerana si abang/kakak mestilah mengalah. Namun apabila berbalah dengan anak sulung pula, kena mengalah juga kerana si anak sulung lebih tua dan matang.

Tapi ini tidak semestinya berlaku dalam keluarga yang anaknya ramai. Ibuku mencerita lagi, adik-beradik tiga beranak pun boleh berlaku sebegini. Ketika melahirkan anak pertama, si ibu masih lagi belum pandai dalam bab membesarkan anak, maka dia menumpukan sepenuh perhatian dalam membesarkan si cahaya mata sulungnya. Apabila mendapat anak kedua, si ibu sedang menyambung pelajaran dan terpaksa menghantar anak-anaknya ke kampung untuk dipelihara oleh tuk nenek mereka supaya dia dapat menumpukan perhatian. Apabila mendapat anak ketiga, si ibu telah pun melulusi pembelajarannya dan dapat menjaga si anak bongsunya sepenuh masa. Si anak tengah yang sedang membesar itu memerhati dan menyedari hakikat ini dan apabila meningkat dewasa, mula mencabar ibunya tentang hal ini. Sehinggakan apabila ibunya cuba memenangi hati anaknya  sewaktu hari lahirnya dengan memberikan hadiah, anaknya membuang pemberian tersebut seraya mengutuk ibunya di depan matanya sendiri.

Ada yang kata bahawa anak-anak tersebut masih dalam fasa memberontak ketika sedang membesar, jadi perkara sebegini kadang – kadang berlaku. Tapi saya tidak bersetuju. Apa maksud terabai sebenarnya? Terabai yang sebenar-benar terabai bagi saya ialah anak-anak yang tiada bumbung atas kepala mereka apabila mereka tidur, tiada baju bersih untuk pakai, tiada duit belanja untuk ke sekolah, kebersihan diri yang sangat teruk (berdaki, berkutu, dsb) tapi perkara ini tidak berlaku bagi anak-anak lain. Ibarat dianak tirikan lah. Anak yang terabai sudah lama akan dibuang kerana tidak diingini. Tapi sebab saya sendiri tidak pernah merasakan seperti terabai (walaupun saya anak tengah), saya cuma boleh cakap sahaja. Bagi mereka yang mengatakan yang mereka terabai padahal mendapat duit belanja yang lebih dari budak budak lain, menjamu makanan yang menyelerakan setiap hari dan tidur lena setiap malam tanpa perlu bekerja untuk mencari wang tetapi masih lagi boleh melawan ibu bapa mereka sehingga sedemikian, saya hanya boleh merasakan yang mereka ini sudah sampai tahap kurang ajar.

Like, seriously.

Tidak semestinya middle child syndrome ini memberi kesan teruk. Urban dictionary sendiri kata yang anak tengah ini lebih independent dan kreatif (haha).

Bergantung pada budak itulah. Kalau dilihat dari perspektif lain, dia sebenarnya mendapat kebebasan lebih berbanding dengan si sulung dan si bongsu.

.

.

.

Salah satu anak tengah yang saya ceritakan di atas sudah pun bekeluarga dan dikurniakan seorang anak.

Tengoklah bila anaknya sudah besar dan mula melawan ibunya pula, baru si ibu tahu perasaan hancur luluh hati ibunya apabila dia berkata-kata kesat kepadanya.

.

Sejak akhir-akhir ini saya sedar yang saya makin kurang menulis; lebih kerap sekadar menampal gambar dan berfikir yang lukisan tersebut memadai sebagai satu kemaskini blog. Saya rasa sebab saya risau-  risau dan takut- sekiranya pendapat saya dihentam.

Tapi bila difikir semula, saya rasa ramai sahaja yang tidak kenal saya siapa pun.

=-=-=-=-=
Thanks for viewing~ Sorry for any wrong doings of mine~ And have a nice day~
=-=-=-=-=
 
7 Comments

Posted by on 10/19/2013 in Berita, Lakaran

 

Tags: ,

[KDP]

Salam.

toybox3

That box is annoying.

 
=-=-=-=-=
Thanks for viewing~ Sorry for any wrong doings of mine~ And have a nice day~
=-=-=-=-=
 
2 Comments

Posted by on 10/17/2013 in KDP - Kerja Dalam Pemprosesan

 

[KDP]

Salam.

toybox3The legs look so small.

There was one time; in class, my lecturer was asking for someone to volunteer to draw on the white board (nothing too serious, though). Everyone was reluctant because we’re all really bad at art.

Then he said, “In every batch, there has to be at least one person who can draw”

Then he looked at me.

JENG.

 

 

…H-how did you know?

 
=====
Thanks for viewing~
Sorry for any wrongdoings of mine~
And have a nice day~
=====